BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 13, 2009

Senyuman Hambarku

Okay! Look and listen here! This is my first time making love poems and such. But this is absolutely from the bottom of my heart; my experience, my feeling, my not-so-simple love story.

Jikalau kau menyayangi aku,
katakanlah padaku...
Jangan biarkanku ternanti-nanti lahirnya ucapan itu...

Sekiranya kau tidak memerlukan aku,
katakanlah padaku supaya tiada lagi senyuman hambar terukir di wajahku tatkala terlihatkan dirimu bersamanya..

Jika kau tidak lagi punya perasaan padaku,
janganlah kau layan diriku seolah-olah akulah yang teristimewa dihatimu..
Kerana aku bakal merana jika ia berlaku sebaliknya..

Jikalau kau ragu-ragu, antara cintamu kepadanya dan cintamu kepadaku,
aku merayu supaya kau diam seribu bahasa kerana cinta ragu-ragu adalah cinta separuh hati..

Jangan kau biarkan senyum hambarku kembali terukir pahit di wajahku kerana apa yang aku inginkan ialah sebuah senyuman yang lahir dari hati yang ikhlas...

Namun aku mengerti
Hakikatnya kau lebih bahagia bersamanya..
Biarlah diriku mengundur diri demi memastikan kau sentiasa bahagia..
Dan ini juga bermaksud senyuman yang terukir pahit ini akan akan kekal terlukis buatmu..

0 lovebites: